Tadabbur Al Quran Surah Al ‘Asr, Al Humazah & Al Fil – ada kaitan dengan masa

Tarikh : 28 mac 2021

Pentadabbur : Ustaz Syaari Abdul Rahman

Assalammu’alaikum

Kali ini aku nak kongsi tadabbur yang disampaikan oleh Ustaz syaari.

  1. Surah Al ‘Asr – Masa sekarang
  2. Surah Al humazah – Masa Depan – mencerita terperinci tentang azab humazah dan lumazah. neraka sudah ade penduduknye belum ada.
  3. Surah Al Fil – Masa lampau

Sebelum kejadian langit dan bumi , Allah Ta’ala sudah membuat masa. Masa juga adalah makhluk.

Masa dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu masa sekarang, hadapan dan silam . Masa akan melaporkan kepada Allah. (Al-roqim – rakam)

Contoh disebalik cerita masa antaranya:

  1. Pemuda al-kahfi yg ditidurkan 300 tahun, bagi mereka ingat tidur sehari.
    Allah membawa mereka ke masa hadapan di mana mereka tiada pun perubahan fizikal tetapi mereka dapat melihat masa hadapan.

2. Nabi musa yg berjalan bersama dengan Nabi Khidir, ada 3 bahagian:

  • Hentian pertama – Masa sekarang (kisah perahu, nabi khidir nampak apa yg sedang berlaku pada masa itu)
  • Hentian kedua – Masa hadapan (Kanak2 dibunuh, kanak2 ini akan menjadi pengkhianat agama dan mengheret ibu bapanye sekali)
  • Hentian ketiga – Masa lampau (Ayah dah tanam lama harta karun utk anak2nye, nabi khidir bina tembok utk lindungi harta anak yatim ini)

3. Zulkarnain – Membina tembok untuk menghalang yajuj makjuj. Zulkarnain tahu satu masa nanti tembok ini akan runtuh. (masa hadapan)

Surah Al- ‘Asr 103

  • Allah memberitahu semua kita menuju dalam kerugian dan bahaya
  • Allah bersumpah dengan waktu asar. Kenapa? Pada waktu asar di mana peniaga-peniaga mula mengira pendapatannya pada hari itu. Adakah hari ini produktif? Untung/rugi. Waktu ini orang arab menutup kedai dan bergegas pulang. Kerana pada waktu malam ade kes jenayah.
  • Ini surah yg pertama yg beinteraksi dengan sumpah
  • Ramai yang rugi di sisi Allah, tapi untung pd pandangan manusia.
  • Apa makna kita kaya tetapi kita rugi di akhirat.
  • Rugi akan dihuraikan dalam surah seterusnya.
  • Seorang usahawan/peniaga/berdagang mesti lengkap kan diri dengan 4 perkara:
    1. beriman – org2 beriman yg benar2 beriman pasti akn buktikan dengan bentuk amalan
    2. amal soleh – org yg beramalan pasti rasa bersalah melihat kawan2 nye tak buat seperti apa yg dia amalkan
    3. pesan dgn kebenaran – berpesan2 dengan al-quran yg diamalkan
    4. pesan dgn kesabaran – biasanya akan ada karenah ketika beerpesan2 tersbut makan karenah itu dihadapi dengan senyuman dan kesabaran.

“Jika dua orang sahabat Nabi ﷺ itu bertemu, mereka tidaklah berpisah sampai salah satu di antara keduanya membaca ‘wal ‘asr innal insana lafii khusr …’. Lalu salah satu dari keduanya mengucapkan salam untuk lainnya.” (HR. Abu Daud dalam Az-Zuhd, no. 417; Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath, 5: 215; Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman, 6: 501. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih. Lihat Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 2648)

Sebelum berpisah baca sural al-‘asr, zaman nabi mereka akan bacakan kepada sahabat seorang demi seorang dan barulah mereka meninggalkan majlis atau mereka baca beramai2, baca untuk di sendiri dan juga orang dlm majlis
pesan memesan sesama mereka seperti seakan berkhutbah sesama mereka.

Surah Al- Humazah 104

  • Rugi ditafsir dalam ayat 104:4 الْحُطَمَةِ
  • Rugi yg dimaksudkan neraka.
  • Orang yang mengira untung/rugi lepas itu menunjuk-nunjuak dan kedekut kepada orangg-orang miskin (zaman dulu – rujuk surah al Maun).
  • Menunjukkan wang di media sosial dan mengguriskan perasaan orang yg susah, dan tidak menunaikan segala jenis zakat (zaman sekarang).
  • Kita sebenarnya telah melakukan humazah dan lumazah – Kita menghina orang miskin tidak memandang kwujudan mereka itu sebagai ujian kpd kekayan kita. Sikap seseorg tidak menunaikan hak kepada asnaf sebenarnya dia sudah menganggap si miskin tidak ada dalam hidup dia.
  • Humazah – mencerca, memaki dibelakang,mengumpat
  • Lumazah – hina secara direct,mengumpat depan
  • الْحُطَمَةِ berasal dr perkataan حَطَمَ pecah berderai
  • Kenapa neraka itu nama الْحُطَمَةِ? kerana manusia akan menjadi seperti mangkuk kaca yg dicampak dari atas ke bawah.
  • لَيُنبَذَنَّ – dicampak نبذ campak/throwing away (maksud dah tak da faedah)
  • manusia yg tidak hidup ikut tujuan – tidak menunaikan apa yg Allah suruh dan tidak berfaedah pd Allah akan dicampak ke dalam neraka حُطَمَةِ ia belum berlaku dan pasti akan berlaku. Buktinya nabi diperlihat neraka dgn azab penzina sedangkan dalam neraka belum ada orang. Jadi nabi melihat rakaman masa hadapan
  • Allah perincikan neraka حُطَمَةِ dalam surah ini.
  • Surah 25:65 – Tuhan jangan kami nampak neraka jahanam, bahangnya akan kena kepada sesiapa yg nampak. Orang beriman Allah tidak akan bagi nmpk neraka. Dalam kontek ini, nampk bermakna dekat dan sebaliknya.
  • Surah an naba: 21 – mirsoda – mengintai – setiap yg diintai bakal jadi mangsa
  • Surah 21:46 – .nafhah tiupan angin terkena sedikit saja ditubuh
  • Sahih muslim 2844 – batu yg dicampak 70 tahun lepas baru smpi ke dasarnye nabi dengar ketika di madinah.. bertapa luasnye neraka jahanam
  • Surah 88:3 – 4 – mereka yg sudah penat lelah mcm org tidak cukup tidur (kamu tidak akan dapat lari merasa
    bahang api neraka, ikut ayat nie.. penduduk neraka belum lagi masuk ke dalam neraka.. rasa elak bahang tu pun dah rase lelah dan penat).. tetap derita dgn bakaran neraka yg sgt panas
  • Ketika berniaga cabaran paling utama mengelakkan diri dari jatuh ke lubang neraka akibat daripada kekayaan berkenaan (apa yang kita buat dengan kekayaan itu, menuju ke jalan Allah atau sebaliknya) .. jadi di mana untungnya

Surah Al Fil 105

Bila Allah ceritakan kisah al-quran, pasti akan ada cerita yg berulang

  • Allah tidak menyebut pun nama abrahah, Allah hanya menyebut mereka berbangga dgn gajah yg besar
  • بِأَصْحَابِ mereka yg bersahabat (di sini sahabat dgn gajah) asal perkataan صَحِبَ (teman,sahabat)
  • Al-Quran tak nak kita sibuk dengan nama kerana dengan bernama kita dah anggap cerita itu cerita yg dh berlalu
    sedangkan quran diturunkan untuk semua manusia sehingga hari kiamat.
  • Quran bukan turun kepada Abrahah tetapi kepada kita yg mungkin ada perangai abrahah
  • Perangai abrahah الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ – tidak mahu kekayaan yaman diganggu oleh mekah (dengki),
    lalu ada perangai humazah dan lumazah, menghina mencerca mekah ke satu tahap ke bentuk tindakan.
  • Allah memaafkan kita jika dengki itu tidak dijelmakan kpd tindakan tetapi kedengkian itu dijelmakan dalam bentuk tindakan seperti yg dilakukan oleh abrahah. Sikap abrahah boleh ada pada orang-orang kaya.
  • Mereka melihat agama ini musuh. Mereka melihat orang yang berada di baitullah itu sbg musuh
  • Contoh dalam syarikat, Allah selamatkan kita dari rase kurang senang apabila di dalam syarikat ade org yg lebih faham al-quran dan menegur2 (وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ). Suasana yg ada dalam syarikat berkenaan suasana yang lupa dgn tuhan (contoh buat kerja sehingga lewatkan solat) tetiba muncul seseorg memberikan peringatan yg kekayaan bukan hanya
    pemberian drpd tuhan tapi kekayaan merupakan satu ujian orang terdahulu gagal tangani.
  • Mereka beranggapan Allah berikan kekayaan itu tanda Allah sayang, tetapi hakikatnya kekayaan itu ujian yg sgt berat (ramai yg gagal) danantara gagal ialah abrahah. Dengan kekayaan itu, dia menyerang kaabah, Apabila Allah murka, dia azab mereka di neraka hutamah (Allah tidak mengazab org tanpa sebab). Allah boleh menyegerakan azab didunia.

Kesimpulan dari 3 surah ini:

  • Surah al humazah yang kaya raya dibalas di akhirat, tetapi Allah turunkan surah al fil untuk kita jangan rasa selesa. Allah datangkan azab serta merta kepada tentera gajah dengan kedatangan burung-burung ababil dengan batu-batu kecil. Batu itu sejenis tanah yg dibakar keras (سِجِّيلٍ) – para ulamak mengtafsirkan batu ini datang dr neraka. Rujuk surah al tahrim 66:6.. 66:10 isteri nabi pun tak terjamin tempatnye dlm syurga.. sperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth jatuh dalam hutomah..
  • Neraka adalah makhluk dari masa hadapan. Batu-baru itu akan menjadi bahan bakar untuk penduduk neraka..batu itu sudah menyala, sedangkan penduduk belum ada. Bagaimana burung itu dpt?
  • Batu2 kene tentera abrahah, seperti daun kering yg dimakan ulat (كَعَصْفٍ).. setiap mayat yg bergelimpnagan dan mayat tentera abrahah menjadi kurus kering dgn lubang2 di tengkorak mereka..
  • Di neraka, Kulit2 dimakan disiat oleh api.. tapi manusia masih bernyawa.. berapa seksanya di neraka..

Kisah Hati

Hati ada qolbu, lub dan fu’ad.

Di dalam humazah guna fu’ad.

Allah ta’ala buat pendengaran dulu, kemudian penglihatan, Allah buat satu tangki di bawah dada kita untuk kita merasa dipanggil emosi (tangki dada) – hati

Hati ada banyak perkataan dlm quran- bergantung pada situasi

  1. Hati yg tiada rasa ketakutan atau kebimbangan tenang – hati yg keadaan asal – Qolbu
  2. Hati yg sudah ada sbrg perasaan – fu’ad atau jamaknye af’idah (67:23)
    • Melihat dgn penuh pencerapan/perasaan tafakur – absar
    • Bila kita lihat dgn pandangan quran (quranic perspetive) – lihat burung dr sudut al-quran
      mesti ada satu prsn dlm hati – bila ada emosi dlm hati itu dpanggil af’idah

Apakah yg patut kamu rase ? 67:4 – ada perasaan menyesal itu lah fu’ad.. fu’ad dlm al-quran byk menyentuh apabila hati menangis. Itu menandakan hatinya telah bergolak

Cth lain 28:10 hati seorang ibu yg gundah gelana/resah gelisah fu’ad. kemudian apabila die mengingati Allah hati die mula tenang dan hatinya menjadi qolbu.

Kenapa dalam humazah dipanggil af’idah – penduduk2 neraka berasa amat takut dan cuba melarikan diri tapi dikepung sehingga hati mereka terbakar.. Kenapa hati mereka terbakar? sebab mereka menyakitkan hati dan perasaan org dan menyebabkan org makan hati (Makan hati terlalu sedih dan sgt berduka cita)

About ritanm 5 Articles
Seorang programmer di sebuah syarikat terkenal dan Seorang pemilik bersama syarikat dari maya trading.