3 Soalan Terjawab Tapi Tetap Kufur

Berapa tidak mahu terimanya kaum quraisy terhadap risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Pembesar quraisy memutuskan untuk menghantar Nadlar bin al-harits dan beberapa orang lain menghubungi orang-orang yahudi di Madinah dengan tujuan untuk menganiaya dan melakukan kejahatan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka bertemu pendita yahudi di madinah untuk meminta pandangan mereka. Pendita tersebut memberikan 3 soalan kepada mereka untuk ditanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Soalannya:

  1. Siapakah kumpulan pemuda yg melarikan diri dan bagaimana kisahnya?
  2. Seorang pengembara lelaki yg menjelajah dunia sehingga ke timur dan barat bumi dan bagaimanakah kisahnya?
  3. Tanyakan kepadanya tentang roh?

Jika Nabi Muhammad s.a.w dapat menjawab 3 pertanyaan tersebut sesungguhnya beliau memang nabi yang telah diutus.

Mereka membawa pulang soalan-soalan tersebut dan menyampaikan kepada pembesar2 quraisy.

Pembesar-pembesar quraisy kemudiannya berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan mengutarakan 3 soalan tersebut kepada Nabi.

Nabi tidak menjawab pada masa itu, nabi meminta sehingga esok hari untuk menjawab pertanyaan tersebut. Nabi Muhammad menunggu wahyu dr Jibril.

Selama 15 hari Allah tak kunjung menurunkan wahyu dan Jibril tidak menemui Nabi untuk memberi jawaban atas tiga pertanyaan yang diajukan pemuka Quraisy.

Alangkah sedihnya nabi, jibril masih tidak kunjung tiba membawa wahyu. Dada nabi jadi semakin sempit sebab peluang inilah boleh digunakan oleh pihak-pihak quraisy untuk menuduh nabi. Atas ketidakmampuan Nabi memberi jawaban itu, pembesar Quraisy pun merasa menang.

Akhirnya Jibril turun membawa jawapan terhadap 3 soalan tersebut iaitu surah al-kahfi dan 1 ayat dari surah al-isra’. Surah ini antaranya menegur Nabi Muhammad kerana kesedihannya dalam menghadapi kaum quraisy itu.

Ayat 18:6

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Nabi Muhammad s.aw. memberikan 3 jawapan itu kepada pembesar-pembesar quraisy seperti ringkasan di bawah:

  1. Kisah Ashabul kahfi (18:1 – 18:31)
  2. Kisah zulkarnain (18:84 – 18:110)
  3. Tentang roh (17:85)

Ayat 17:85
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;
dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Pembesar quraisy rasa terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka. Jawaban yang diberikan adalah sama seperti pendita yahudi berikan. Tapi itulah kaum quraisy, walaupun mereka sudah tahu kebenarannya, mereka masih tidak mahu mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan tetap dalam kekufuran.

About ritanm 5 Articles
Seorang programmer di sebuah syarikat terkenal dan Seorang pemilik bersama syarikat dari maya trading.