Halal ke Guna Software Pirate?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari tu aku ada terbaca satu post di Facebook di mana beliau menerangkan perbuatan salah pada salah seorang ahli group FB yang berkongsi satu software edit video versi premium (cetak rompak) di FB group. Pemilik FB nie mempersoalkan kepada ahli tersebut adakah halal menggunakan software itu sedangkan orang lain subscribe untuk menggunakan software tersebut. Halal ke rezeki yang diperolehi hasil penggunaan software tersebut. Pemilik FB tu pun memberi hujah yang benar.

Pendapat aku pula, Mula haram berakhir pun haram. Matlamat tidak menghalalkan cara. Aku kat sini bukan nak cerita pasal halal haram sebab aku bukan ahlinya. Artikel aku kali ini nak share software-software edit yang aku guna secara percuma tapi halal. Jika ada rezeki lebih boleh subscribe/beli software tersebut. Tapi free pun dah cukup memadai.

Berikut software yang aku guna untuk edit gambar dan video:

  1. Pixlr Photo Editor – Edit Gambar (aku guna dua version web dan mobile)
  2. Canva – Design Poster/Timeline/Book Cover etc
  3. Affinity Designer/Photo – Alternatif kepada Adobe – 3 bulan trial. Harga nak beli mampu milik.
  4. InShot – Video Editor
  5. OBS Studio – Open Source. Streaming dan Record video.
  6. PowerPoint – Nie pun power.. Design boleh.. Jadikan video pun boleh. Biasanya datang dengan pembelian PC/Laptop.

Penggunaan gambar atau video pun tidak boleh lah ambil dari google terus. Ini isu copyright dan sekaligus haram digunakan. Gambar-gambar dan video-video aku kebanyakkannya diambil dari:

  1. Canva – Ada menyediakan gambar percuma (Nak gambar pro kena subscribe)
  2. Freepik – Subscribe sebulan dalam rm40 lebih.
  3. Pixabay
  4. Snap Gambar sendiri dan edit.

Di dalam perniagaan nie, kita perlu keluar sedikit modal untuk gerakkan perniagaan kita. Berniagalah mengikut lunas-lunas islam. Undang-undang islam dah termaktub SOP untuk perniagaan. Kita follow, kita berjaya dan hidup pun berkah.

About ritanm 5 Articles
Seorang programmer di sebuah syarikat terkenal dan Seorang pemilik bersama syarikat dari maya trading.