السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebenarnya tulisan ini hendak dikongsi dua minggu yang lalu, malangnya aku terlupa. Bak kata orang nak buat sesuatu perlu disegerakan. Tak pa abaikan sahaja.
Pengurusan emosi ketika PKP (Sekarang panggil PKPB – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat baru diumumkan 1 Mei 2020) dikongsi oleh Ustaz Muhammad Al Amin pada 15 April 2020 di IG Live milik beliau. Ini apa yang sempat aku catat ketika mendengar live dari beliau.
- Cara mengurangkan atau ketika mengalami anxiety/stress
- Selawat Nabi 3 kali
- Baca surah al-takwir (ayat 17-18)
- Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat dan doa dalam hati, Ya Allah berikan kebaikan kepada diriku ini.
- Lepaskan nafas melalui mulut dalam 5 saat dan doa dalam hati, Ya Allah buanglah segala yang tidak baik di dalam diriku.
- Cara mudah ditidur (Yang insomnia)
- Baca Surah Al-kahfi ayat 11
- ulang-ulang sehingga tidur
- Cara untuk mendapat kekuatan dalaman
- Zikir selalu YA QOWIYYU YA MATIN – untuk mendapatkan kekuatan dalaman ketika hendak melakukan benda yang sukar.
- Cara nak ikhlaskan hati
- Zikir لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله untuk kekuatan hati hendak membuat sesuatu.
- Kita akan mendapatkan keikhlasan untuk membuat/melaksanakan kerja.
Mungkin aku ada terlepas catat ketika mendengar live ni. Sesiapa yang nak dengar semula live ustaz muhammad al amin boleh pergi IG beliau ini ustazamin.
Hope perkongsian ini berguna buat pembaca blog ini.